Monday, September 17, 2012

habis madu sepah dibuang .

ASSALAMUALAIKUM .

Entri kali ini ana nak cerita pasal musibah .Kebanyakan orang dewasa ini apabila ditimpa musibah baru igt dkt Allah SWT .Tetapi pernahkah kita terfikir apa hikmah Allah memberi ujian dkt kita ?kita elalu mengeluh .Masa ditimpa musibah baru nak igt kat Allah .Sesungguhnya Allah tdk pernah menguji hambanya jika hambanya tidak mampu .Jadi ujian yang Allah bg kat kita sebenarnya kita mampu mengatasinya dgn tabah dan sabar .


 Tapi apa yang ana lihat sekarang ni ,waktu ditimpa musibah baru nak igt kat Allah .Kita melakukan amal soleh dgn tekun .Tapi apa yang terjadi selepas Allah memakbulkan doa kita ? Kita alpa .Kita lupa akan janji-janji yang kita tabur dkt Allah sewaktu kita susah .

 Subhanallah ,malang sungguh umat manusia zaman sekarang .Jelas sungguh yang kita ni mengingti Allah ketika susah sahaja .

 Sahabat-sahabat semua ,marilah kita bersama-sama supaya kita sentiasa mengingati Allah .Insyaallah dipermudahkan urusan dunia dan akhirat .Ana pun ada juga mngeluh akan musibah yang menimpa ana .Jadi marilah kita sama-sama mengubah sikap ini .Jangan sampai Allah menimpakan bala yang dahsyat baru kita hendak berubah .WALLAHUALAM.

pertemuan .

ASSALAMUALAIKUM .

Ana nak cerita sedikit mengenai sahabat ana .Sebenarnya ,ana dah lama tak jumpa sahabat ana . Jadi dipendekkan cerita , Allah telah memakbulkan doa ana .Pada 15 Sept. 2012 ,ana telah dipertemukan dengan sahabat-sahabat ana .Ana ada sertakan gambar sekali .



Alhamdulillah ,dapat juga ana jumpa dgn sahabat ana .Doakan ana dan sahabat berjaya didunia dan diakhirat .Insyaallah .

masalahku!

  ASSALAMUALIKUM ..

  Ni ana nak habaq sikit cerita ni tentang seorang budak yang baru masuk sekolah asrama . Mungkin cerita ni dapat menginsafkan diri kita .Jadi baca noh .
Ceritanya bermula begini ,

  Pada suatu hari yang indah,ana telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di SM SAINS B***N **T*H .Berat hatiku ingin meninggalkan sekolah lama ana serta sahabat ana .Tetapi kerana ingin merasakan kelainan ,ana merelakan diri ana pergi walaupun ana belum bersedia. Hati ana terasa amat gembira ingin pergi ke sekolah ana yang baharu .Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh ibubapa ana demi anaknya yang tercinta ini. 

  Beberapa hari kemudian ,ana telah mendaftar di sekolah tersebut .Suasana disana sangat meriah . Sebaik tiba di sekolah ,ana dan keluarga telah disambut oelh para PRS yang sangat peramah .Setelah itu ,ana dan keluarga telah membayar segala yuran yang ada . Yuran tersebut agak mahal ,tetapi ibubapa ana sanggup membayarnya demi melihat aku berjaya disana .

  Setelah sebulan disana,ana berasa sayu kerana tinggal berjauhan dengan keluarga .Aku mulai rindu akan teman-teman lama.Ana rindu akan senyum dan tawa sahabat ana .Tetapi mereka semua telah ana tinggalkan di sekolah lama.Mereka cuma ada dihati ana sahaja .Apa yang diimpikan selama ini tidaklah menjadi reaiti.Ana mula merasa ada kekosongan didalam hati ana .Pada suatu hari,teman baikk ana Hamz(bkn nama sebanar )telah menyerah kalah setelah sebulan berjuang berama .Hati ana berasa hancur kerana telah ditinggalkan tanpa sebarang pemberitahuan .Semenjak itu ,ana sering berseorangan .Ana ada seorang teman ,tetapi dia tidaklah sebaik Hamz.

  Ana berasa hidup ana bagai tiada arah tujuan . Ana berasa kelopongan dihati ana semakin besar . Sehingga suatu hari ,keputusan peperiksaan ana jatuh mendadak . Ana gagal dalam 4 matapelajaran sains yang ana minati selama ini .Ana mula tertekan dengan kehidupan di asrama . Teman-teman ana seperti tidak mempedulikan ana . Ana dianggap sebagai sampah yang berterbangan .Dengan mudah mereka telah menghiris hati ana sedikit demi sedikit. Tetapi ,apakn daya ana hanya redha kepada Allah SWT . Mungkin ini ujian Allah .

  Pada suatu hari,  seorang teman perempuan bernama F(bkn nama sebenar) berpindah ke sekolah ana . Dia sangat baik dan bersopan-santun orangnya . Ana mulai rapat dengan dia . Sehinggalah ke hari ini ,ana sering meluahkan perasaan kecewa yang telah terpendam sejak sekian lama . Tetapi sejak akhir-akhir ini ,dia selalu tidak mempeduikan ana . Sekali lagi ana berasa tertekan .Ana seperti menyalahkan takdir atas perpindahan ana ke sekolah baharu  .

  Sehinggalah pada suatu hari ,ana marah akan teman-teman ana dan menangis sepuasnya. Ana tidak sanggup lagi untuk menahan perasaan itu seorang diri .Semenjak dari kejadian itu , ana selalu berharap agar Allah membuka pintu-pintu hati ana agar sentiasa beribadat kepadaNYA .Setiap malam ,selepas solat isyak ana akan menangis seorang diri agar diringankan ujian serta menerima taubat ana .Ana tahu semuanya ini berpunca daripada ana sendiri kerana lalai sehingga melupakan Allah SWT .Mungkin ini ujian daripada Allah atas dosa-dosa silam ana .WALLAHUALAM .

    Jadi ,bertaubatlah sebelum terlambat agar kita sentiasa dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat .Amin!


 "Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian." (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah..